Peristiwa Israk Mikraj

  • 0

Peristiwa Israk Mikraj

Category : Uncategorized

.
1. Pengertian Israk
.
Israk bererti perjalanan Nabi S.A.W dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitulmuqaddis, Palestin.
.
.
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

” Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad pada malam hari dari masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. ”
.
[QS: al-Isra’, Ayat 1]

2. Pengertian Mikraj
.
Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi S.A.W dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha di langit ketujuh, di singgahsana Allah S.W.T.
.
وَلَقَدْ رَآهُ نَزْلَةً أُخْرَى (١٣) عِنْدَ سِدْرَةِ الْمُنْتَهَى (١٤) عِنْدَهَا جَنَّةُ الْمَأْوَى (١٥) إِذْ يَغْشَى السِّدْرَةَ مَا يَغْشَى (١٦) مَا زَاغَ الْبَصَرُ وَمَا طَغَى (١٧) لَقَدْ رَأَى مِنْ آيَاتِ رَبِّهِ الْكُبْرَى (١٨)

” Sesungguhnya (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril dalam bentuk rupa yang asal) sekali lagi; Di sisi Sidratul Muntaha (sebatang pohon yang terletak di sebelah kanan Arasy); Yang di sisinya terletak Syurga al-Ma’wa (yang disediakan untuk para malaikat, roh para syuhada’ dan orang yang bertaqwa); Ketika Sidratul Muntaha itu diliputi oleh sesuatu yang meliputi (makhluk-makhluk yang tidak terhingga); Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berpaling daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya) dan tidak pula melampaui batas (pada malam Israk dan Mikraj); Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian daripada tanda-tanda Tuhannya yang paling besar. ”

[QS: al-Najm, Ayat 13-18]
.

3. Kenderaan Nabi S.A.W Semasa Israk
.
.
حَدَّثَنَا شَيْبَانُ بْنُ فَرُّوخَ، حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ، حَدَّثَنَا ثَابِتٌ الْبُنَانِيُّ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ “‏ أُتِيتُ بِالْبُرَاقِ – وَهُوَ دَابَّةٌ أَبْيَضُ طَوِيلٌ فَوْقَ الْحِمَارِ وَدُونَ الْبَغْلِ يَضَعُ حَافِرَهُ عِنْدَ مُنْتَهَى طَرْفِهِ. ”

Dari Anas bin Malik RA, katanya; Rasulullah S.A.W bersabda : “Aku telah didatangi (Jibril membawakan kepadaku) seekor buraq, iaitu sejenis haiwan berwarna putih dan lebih besar dari keldai tetapi lebih kecil dari baghal. Ia dapat melangkah sejauh mata memandang.”

(HR. Sahih Muslim, No. 162 a)
.

4. Nabi S.A.W Memilih Bekas Berisi Susu
.
.
” …ثُمَّ خَرَجْتُ فَجَاءَنِي جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام بِإِنَاءٍ مِنْ خَمْرٍ وَإِنَاءٍ مِنْ لَبَنٍ فَاخْتَرْتُ اللَّبَنَ فَقَالَ جِبْرِيلُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اخْتَرْتَ الْفِطْرَةَ… ”
.
“…Setelah selesai aku terus keluar, secara tiba-tiba Jibril AS datang membawa dua buah bekas yang satu bekas berisi arak dan yang satu lagi berisi susu. Aku memilih susu. Lalu Jibril AS berkata: “Engkau telah memilih fitrah…”
.
(HR. Sahih Muslim, No. 162 a)

.

5. Pengurangan Solat
.
Pada mulanya Allah memberi perintah supaya mengerjakan solat 50 waktu sehari semalam. Rasulullah S.A.W memohon keringanan solat sehingga dikurangkan menjadi lima rakaat. 
.
.
” وَأَقِمِ الصَّلَاةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِنَ اللَّيْلِ ۚ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ ۚ ذَٰلِكَ ذِكْرَىٰ لِلذَّاكِرِينَ ”
.
” Dan dirikanlah solat pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada ketika waktu permulaan malam (iaitu Maghrib dan Isya’). Sesungguhnya amal-amal kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian itu menjadi peringatan bagi orang yang mahu beringat. ”
[QS: Hud, Ayat 114]

6. Abu Bakar Diberi Gelaran As-Siddiq
.
Setelah berlakunya peristiwa Israk Mikraj, orang kafir segera bertanya kepada Abu Bakar tentang kebenarannya.
.
Abu Bakar menjawab, “Apabila Rasulullah yang berkata, maka ia adalah benar.”
.
Rasulullah S.A.W bersabda: “Wahai Abu Bakar, engkau adalah orang yang mempercayaiku sepenuhnya. Engkau Siddiq.”
.
.
(Rujukan: Al-Mustadrak ‘ala as-Sahihain oleh al-Imam Abi
Abdullah Muhammad bin Abdullah al-Hakim an-Nisaburi,
No. 4458)
.
#rehlahnabawiyyah #yayasanrestu#welovemuhammad #muhammad #selangor#malaysia #thejourney #sayangrasul #rasulullah


Leave a Reply

Please wait...

Subscribe to our newsletter

Want to be notified when our article is published? Enter your email address and name below to be the first to know.